Pengalaman Internship di Mahkamah Syariah Manjung
First Day Internship
Bila hari pertama intern macam biasa datang pukul 8 pagi untuk lapor diri di mahkamah. Berkenalan dengan staff, supervisor dan hakim. Rasa sangat awkward bila perlu sesuaikan diri dengan persekitaran dan orang- orang yang baru tapi its okay it normal thing. So dekat mahkamah supervisor kita adalah hakim. Dan alhamdulillah saya dipertemukan dengan supervisor yang sporting dan okay. Untuk pengetahuan korang intern saya selama lima bulan hehe..agak lama ye..
Tugas-Tugas Sepanjang Intern
Bidang saya adalah bahasa arab dan komunikasi jadi tugas-tugas yang saya lakukan sepanjang intern sangat berbeza dengan bidang saya. tapi jangan risau sebab kite boleh belajar dan aplikasikan ilmu di universiti dari segi teknologi dan komputer. antara bahagian tugas yang telah saya lakukan
Pengurusan Kaunter
-kena tahu harga setiap fail kes yang ingin didaftar, sebagai contoh untuk daftar kes cerai rm50 ringgit.
-belajar sistem e-syariah(sistem e-syariah ni digunakan untuk daftar kes, isi nama plantif dan defenden, tarikh dan sebagainya.
-jawab soalan dari pelanggan
-tahu nombor kod kes( korang boleh tengok senarai kod kes) kalau x de senarai boleh lekat dekat meja kaunter. kod kes ni macam untuk cerai kita guna kod 055, pengesahan lafaz cerai 054
Pengurusan Fail
-buat fail kes baru, tagging nombor, letak kertas minit ,cop dan sebagainya,
-kena minit fail dan susun fail kes dekat bilik fail.
Mahkamah rendah mal dan jenayah, mahkamah tinggi
pengalaman berada di dewan bicara saya dapat membawa kes khalwat, cerai, fasakh, wali hakim, pengesahan nikah dan sebagainya. Untuk kewangan membantu staff print report.
Tugas yang supervisor saya bagi ada 6 tugasan huhu..antaranya task 1 bentang kes cerai, task 2 buat kertas kerja, task 3 bedah buku ilmiah, task 4 bedah buku arab, task 5 bentang thesis task 6 bukukan thesis.
Hubungan Dengan Staff di Mahkamah
Staff dekat sini sangat lah baik dan kitorang dah macam keluarga. sepanjang lima bulan banyak kenangan manis yang saya dapat dan susah nak dapat office mate yang baik dan kelakar sebab kite selalu dengar toxic people je dekat office. kalau saya buat salah diorang still boleh consider dan perbetulkan. so bila jadi macam tu saya pun okay dan boleh terima dan improve untuk bagi yang lebih baik. Antara tempat paling best dekat office ni adalah pantry sebab boleh dikatakan selalu kitorang akan masak-masak. hehe banyak juga belajar masak sepanjang intern ni dah rupa kelas memasak..haha
Akhirnya, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua staff mahkamah Syariah Manjung Perak menerima kehadiran saya dengan baik dan sempat juga membuat majlis perpisahan. saya doakan supaya semua staff sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudakan urusan oleh Allah. semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada semua.
Comments
Post a Comment